Penandaan Sempadan

ChatGPT Image Mar 10, 2026, 02_14_15 PM

Ukur Penandaan Sempadan Tanah

Penat Hadap Konflik Jiran atau Keluarga Pasal Tanah? 🏡
Sebagai pemilik tanah, mesti penat fikir isu sempadan yang tak jelas—
masing-masing rasa betul, tapi tak ada siapa betul-betul tahu sempadan sebenar.

Tanya sana sini, tangguh sana sini…
last-last masalah makin besar.

Masalah Yang Kami Selesaikan:

  • Sempadan Tak Jelas: Tanah ada, tapi tak pasti mana satu kawasan sebenar milik sendiri.
  • Batu Sempadan Hilang: Tanda lama dah tak nampak, semua bergantung pada agak-agak.
  • Hak Tak Jelas: Semua penama ada hak, tapi tak tahu bahagian masing-masing sampai mana.
  • Pertikaian Jiran / Waris: Masing-masing claim bahagian sendiri, tapi tak ada rujukan yang sah.
  • Urusan Sangkut: Nak jual atau pecah geran, tapi tak boleh proceed sebab sempadan belum disahkan.

Cara Kami Uruskan Penandaan Sempadan Tanah:

  1. Semakan Pelan & Data Rasmi: Kami rujuk pelan asal dan rekod berkaitan sebelum kerja di tapak dijalankan.
  2. Ukuran Menggunakan Peralatan Tepat: Pengukuran dibuat menggunakan peralatan moden untuk dapatkan kedudukan sempadan yang tepat.
  3. Penandaan Sempadan Yang Jelas: Batu sempadan lama akan dicari semula dan sekiranya tidak dijumpai, titik sempadan akan ditanda menggunakan paip PVC yang sesuai untuk rujukan di lapangan.
  4. Berpandukan Jurukur Tanah Berlesen: Semua kerja diselia dan disahkan oleh jurukur tanah berlesen untuk kegunaan rasmi.

Sesuai Untuk:

  • 🏡 Pemilik Tanah Individu
  • 👨‍👩‍👧‍👦 Waris / Tanah Pusaka (Geran Kongsi)
  • 🏗️ Developer Kecil & Pelabur Tanah
  • 🤝 Ejen Hartanah
  • 🚜 Pemilik Tanah Pertanian / Dusun

FAQ (Soalan Biasa)

“Boleh ukur sempadan kawasan spesifik tak? Tanah saya area Tangkak.” Boleh. Kami cover seluruh Johor termasuk kawasan Tangkak dan sekitarnya. Share lokasi, kami akan semak dan advise langkah seterusnya.

“Berapa kos untuk tanda sempadan?” Kos bergantung pada lokasi, keluasan dan keadaan tanah. Anggaran akan diberikan selepas semakan maklumat asas.

“Kena ada salinan geran atau dokumen dulu ke?” Digalakkan ada salinan geran atau maklumat asas tanah. Kalau tak ada, kami akan bantu advise apa yang diperlukan untuk mulakan.

“Berapa lama proses siap?” Tempoh bergantung pada jenis tanah dan situasi di tapak. Kami akan maklumkan anggaran masa sebelum kerja dijalankan.

“Batu sempadan dah hilang, boleh tanam balik ke?” Penggantian tanda sempadan memerlukan permohonan dan kelulusan rasmi terlebih dahulu. Penandaan semula hanya boleh dibuat oleh Jurukur Tanah Berlesen berdasarkan pelan akui dan ukuran yang sah. Penandaan akan ditanda guna pipe PVC.

“Kalau tak buat sekarang, boleh tangguh dulu?” Boleh, tapi risiko tetap ada. Semakin lama dibiarkan, semakin tinggi kemungkinan timbul isu sempadan atau pertikaian.

Scroll to Top