Tentang Kami

Tentang Jurukur Selatan AHR

Jurukur Selatan AHR merupakan syarikat jurukur tanah berlesen yang memfokuskan kepada perkhidmatan ukur tanah di Johor. Misi kami adalah untuk membantu pemilik tanah memahami kedudukan, sempadan dan status tanah mereka dengan lebih jelas, supaya setiap urusan tanah dapat dibuat dengan lebih teratur, sah dan mengikut prosedur yang betul. Dengan pengalaman lebih 13 tahun dalam industri ukur tanah, kami komited untuk memberi servis yang profesional, telus dan mudah difahami supaya pelanggan tidak lagi bergantung pada agak-agak, tetapi berpandukan ukuran dan rujukan yang tepat.

Ahmad Her Rahmad
Pengarah, Jurukur Tanah Berlesen

Kenapa Pemilik Tanah Memilih JURUKUR SELATAN AHR

Misi Membantu Pemilik Tanah Menguruskan Hak Tanah Dengan Lebih Yakin

Jurukur Selatan AHR telah membantu lebih 1,000 pemilik tanah di Johor dalam tempoh 13 tahun sejak 2013. Pengalaman lapangan ini membentuk cara kami mengendalikan setiap urusan tanah — daripada penandaan sempadan hingga pecah bahagian — dengan lebih teliti, jelas dan profesional.

 

Setiap pengalaman yang kami lalui menjadi asas dalam membantu pemilik tanah mengelakkan pertikaian, memahami hak masing-masing dan membuat keputusan dengan lebih yakin untuk jangka masa panjang.

“Kami percaya tanah bukan sekadar aset tetapi amanah dan masa depan keluarga.”

Di Jurukur Selatan AHR, kami percaya setiap tanah mempunyai nilai, hak dan kepentingannya yang tersendiri. Namun ramai pemilik tanah menghadapi pelbagai cabaran seperti sempadan yang tidak jelas, geran kongsi, pertindihan kawasan, sehingga menyebabkan urusan jual beli, pembangunan dan pembahagian waris menjadi rumit.

 

Perjuangan kami bukan sekadar menjalankan kerja ukur tanah, tetapi membantu pemilik tanah mengelakkan pertikaian, menjaga hak masing-masing dan memastikan urusan tanah dapat diurus dengan lebih baik untuk generasi akan datang.

Scroll to Top