Pecah Bahagian & Pecah Sempadan Tanah Geran Kongsi
Nama Ada Dalam Geran… Tapi Tak Pernah Jelas Bahagian Sendiri?
Ramai pemilik tanah geran kongsi berdepan masalah yang sama — nama ada dalam geran, tapi tidak jelas siapa memiliki bahagian tertentu.
Bila nak guna tanah, nak jual, nak pindah milik atau urus pusaka… semuanya jadi rumit kerana hak setiap penama bercampur dalam satu geran.
Kami bantu urus proses pecah bahagian tanah secara sah dan tersusun supaya setiap pemilik mendapat hakmilik yang lebih jelas dan mudah diurus.
Masalah Yang Kami Selesaikan:
Tak pasti macam mana nak mula proses pecah bahagian
Ramai pemilik tanah tak tahu langkah sebenar, dokumen diperlukan atau prosedur yang perlu dilalui.Semua penama ada hak — tapi tak jelas bahagian masing-masing
Bila tanah masih dalam satu geran, urusan jadi sukar kerana tiada pembahagian yang rasmi.
Risau kos dan tempoh proses
Pemilik tanah sering tak pasti berapa bajet diperlukan dan berapa lama proses boleh siap.### Ada penama atau waris yang susah capai persetujuan
Ini antara isu paling biasa terutama untuk tanah pusaka yang melibatkan ramai waris.### Nak jual tanah tapi status masih bercampur
Ramai pemilik nak jual ikut bahagian masing-masing tetapi tak boleh dilakukan selagi hakmilik belum jelas.### Tak pasti boleh terus mohon atau perlu urus pusaka dahulu
Jika ada pemilik yang telah meninggal dunia, proses perlu disusun dengan betul supaya permohonan tidak tersekat.
Cara Kami Uruskan Pecah Bahagian:
- Semakan Hakmilik & Struktur Pemilikan
Kami semak geran, jumlah penama dan status tanah terlebih dahulu. - Perbincangan Pembahagian Tanah
Susun pelan cadangan pembahagian ikut persetujuan semua pemilik. - Penyediaan Pelan & Permohonan Rasmi
Dokumen lengkap disediakan untuk dihantar ke Pejabat Tanah. - Kelulusan & Pengeluaran Hakmilik Individu
Setiap pemilik akan dapat geran sendiri selepas diluluskan.
Sesuai Untuk:
Pemilik Tanah Luas
Developer Kecil / Pelabur Hartanah
- 🤝 Pemilik Tanah Kampung / Dusun
- 🧔 Individu Yang Nak Jual Tanah Ikut Lot
FAQ (Soalan Biasa)
“Pecah sempadan sama dengan pecah bahagian ke?”
Tak sama. Pecah sempadan bahagi tanah kepada lot-lot kecil, pecah bahagian pula untuk pisahkan hak pemilikan.
“Boleh pecah ikut suka hati?”
Tak boleh. Kena ikut syarat dan kelulusan pihak berkuasa tempatan.
“Berapa kos pecah sempadan?”
Bergantung pada keluasan, jumlah lot dan lokasi. Kami akan beri anggaran selepas semakan.
“Berapa lama proses?”
Biasanya ambil masa beberapa bulan bergantung pada kelulusan.
“Lepas pecah, terus dapat geran berasingan?”
Ya, selepas diluluskan, setiap lot akan ada hakmilik sendiri.